Flash Banner Now - instant web ads

Zaidi Omar Terlibat Dalam Kemalangan Maut.

Friday, November 6, 2009 9:12
Posted in category Selebriti Malaysia

l 00c3273bfddc4f77ada85b56a412bd96 Zaidi Omar Terlibat Dalam Kemalangan Maut.

Pertama sekali kami ingin mengingati anda semua sila berhati-hati dijalan raya, jangan jadi seperti www.chelaka.com . Anda jangan terkejut dengan tajuk entri kali ini, bukan Zaidi Omar yang mati tetapi dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motorsikal mati di tempat kejadian.Zaidi Omar yang sedang memandu BMW 5 Series di MRR2 tiba-tiba mangsa datang dari arah bertentangan dan menyebabkan kematian si mangsa.Takziah buat si mangsa.Berikut adalah petikan dari surat khabar.

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW dalam satu kemalangan maut di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bulatan Batu Caves, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, berasal dari Pangkalan Kubur, Kelantan dikatakan menunggang motosikalnya melawan arus di lorong kanan lebuh raya berkenaan untuk mengelak sekatan polis.

Bagaimanapun, mangsa bertembung kereta dipandu dramatis terkenal, Zaidi Omar, 51, dari arah Kepong menghala Batu Caves, menyebabkannya tercampak kira-kira 15 meter dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Bandaraya, Deputi Superintendan Abdullah Roning, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan siasatan sedang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati pemandu terbabit gagal mengelak motosikal mangsa yang tiba-tiba muncul dari arah bertentangan. Akibat pertembungan itu, mangsa yang tinggal di Sungai Buloh mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum jenazahnya dituntut anggota keluarganya tengah hari tadi untuk dikebumikan,” katanya.

Polis mengesahkan Zaidi membuat laporan berhubung kemalangan itu di Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur, Jalan Tun HS Lee tidak lama selepas kejadian sebelum ditahan

untuk diambil keterangannya bagi membantu siasatan.

Abdullah berkata, pelakon terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangannya tetapi keretanya yang terbabit dalam kemalangan itu masih ditahan sebagai mematuhi prosedur siasatan sebelum dirujuk ke Jabatan Kimia.

Sementara itu, Zaidi gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataannya berhubung kejadian itu.

pixel Zaidi Omar Terlibat Dalam Kemalangan Maut.

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Zaidi Omar Terlibat Dalam Kemalangan Maut.”

  1. Gambar Kemalangan Artis Melayu | Chelaka says:

    November 6th, 2009 at 9:34 am

    [...] http://www.syokblog.com/zaidi-omar-terlibat-dalam-kemalangan-maut You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. Tags: 1malaysia, artis bogel, artis langgar mati, artis malaysia, artis melayu, artis seksi, beautiful nara, cerita artis malaysia eksiden, cerita panas, chelaka, Gambar Artis Malaysia, malang, malaysia, malaysia boleh, melayu, melayu boleh, oh artis, oh bulan, ohbulan, sial, syok, syok blog, tragedi, tragis, zaidi omar, zaidi omar berlanggar [...]

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads