Tentang
Tentang dia
Aku lebih dikenali di dunia internet dengan blog aku yang dikenali sebagai “Fuiyoh!”(sekarang sudah tukar-Syok Blog).Mula bergiat dalam dunia IT semenjak umur 15 tahun.Ketika itu dia bergiat aktif dalam portal myspacenya untuk berhubung dengan lebih luas.
Blog
Di Blog inilah menjadi tempat permulaan aku mengenal apa itu HTML dan asasnye membina website. pelbagai website yang telah dia bina. kebanyakkanya yang percuma dan tidak menjadi. tapi itu tidak mematahkan dia dalam dunia IT ini.Selepas itu terlahirlah blog ini iaitu fuiyoh.blogspot.com(sekarang sudah tukar-Syok Blog),Idea membina blog ini ialah kerana aku amat meminati dunia hiburan dan isu semasa.Semakin hari semakin banyak orang yang membaca fuiyoh(sekarang sudah tukar-alalalan DOT COM) dan semakin hari semakin banyak orang yang benci blog aku,Aku layan blog bukan layan orang.Untuk pengetahuan kau orang blog aku ini hanya untuk aku baca sendiri sahaja,aku tak nak terkenal depa yang kecoh pasal blog ni.bukan salah aku.haha!
www.alalalan.com
Panjang sangat nak sebut alalalan?Tak apa anda boleh panggil saya Alan.Pada 06/02/2008 aku telah membeli domain untuk blog ini iaitu www.alalalan.com,pada asalnya aku nak beli fuiyoh.com tetapi sudah orang guna.aku tak suka beli domain yang panjang-panjang,sebab itu aku tak jadi beli www.fuiyohblog.com.Kenapa aku pilih www.alalalan.com?aku pilih www.alalalan.com sempena nama pendek aku “alan” dan domain ini lebih mudah diingat dan pendek.
25/02/2010
Pada tarikh diatas,aku telah membeli www.syokblog.com tetapi disebabkan masalah hosting aku,aku terpaksa menundakan sehingga 04/03/2009.Dengan ini wujudlah wajah baru blog ini yang diberi nama SYOK BLOG.Mungkin ini kali terakhir aku menukar domain untuk blog ini.
Evolusi Media Pencetus Revolusi Dunia
Pada 13/04/2009 ‘Evolusi Media Pencetus Revolusi Dunia’ dipilih sebagai slogan untuk Syok Blog,ini kerana ianya bersesuaian dengan konsep yang dibawa oleh Syok Blog.Kenapa ‘Evolusi Dunia Pencetus Revolusi Media’ ?.
Evolusi = Sesuatu Perubahan Yang Memakan Sesuatu Yang Lama
Revolusi = Perubahan Drastik
Kalau digabungkan maksudnya : Perubahan dunia yang memakan masa yang lama,akan mencetuskan revolusi dalam media















