Flash Banner Now - instant web ads

Syok Blog Down Selama Sebulan.

Wednesday, March 24, 2010 6:49
Posted in category -Pengumuman

Sudah sebulan Syok Blog tidak boleh diakses kerena masalah penyelia domain kami. Pada mulanya domain ini telah tamat tempoh, kemudian kami dapat tahu bahawa tuan penyelia domain kami telah pergi entah kemana kami sendiri pun tidak tahu. Kami tidaklah sejahat mana untuk menyatakan disini siapa pihak penyelia domain kami, biarlah rahsia. Ramai pelanggan penyelia hosting dan domain tersebut sudah cabut lari. Berkali-kali kami cuba hubungi dan menghantar e-mel, tetapi tiada sebarang jawapan. Ura-ura mengatakan beliau pergi umrah, kalau betul pergi umrah, mungkin boleh dimaafkan, tetapi sepatutnya jangan biarkan pelanggan anda terbiar, cuba la suruh rakan bisnes anda menjaga server anda buat sementara waktu.

Kami difahamkan pemilik penyelia domain kami akan pulang ke Malaysia pada awal bulan 3, tetapi kali ini alan terbaik punya. Abang dia mengatakan bahawa dia telah pergi ke Indonesia atas urusan peribadi. Mula-mula pergi ke Umrah, lepas tu pergi ke Indonesia? Kalau nak tipu agak-agakla.

Akhirnya Syok Blog berjaya diakses setelah kami pindahkan domain name kami kepada penyelia domain yang baru yang kami lebih percayai. Harap maaf atas kesuiltan yang berlaku.

Alan

www.alanmarz.com

pixel Syok Blog Down Selama Sebulan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads