Nabil, Irma Mengaku Bercinta
Wednesday, March 11, 2009 14:59

Siapa tahu dalam sisi humor finalis Pelakon Komedi Lelaki Popular dan ArtisBaru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)2008 ini terpancar kesungguhannya untuk serius memikirkan halperkahwinan. Lumrah golongan Adam yang diciptakan untuk Hawa, Nabilsebagai manusia biasa juga ingin bergelar suami dan mempunyai cahayamata.
Lelaki yang paling laris dan murah rezeki tahun lalu hinggasekarang ini benar-benar berfikir untuk menamatkan zaman bujang, apatahlagi usianya kini 26 tahun sudah molek benar kiranya untuk memikirkanperkara ini. Tanpa didesak, temu bual Hip dengannya baru-baru ini dilobi Cinta Sayang Resort, Sungai Petani berakhir dengan satu pengakuanjujur mengenai isi hatinya yang sedang berbunga cinta.
Siapa gerangan kekasih hatinya, mungkin tidakperlu diberi pengenalan lagi. Si cantik manis, Irma Hasmie, 27, yangkini khabarnya dalam usaha melunaskan proses pengambilan anak angkatyang comel berjaya memikat hati juara Raja Lawak musim kedua ini. Malahkehadiran bayi comel itu antara punca yang terus mengikat hati mereka.
Perkenalan tak terduga tahun lalu ketika sama-sama menghadirimajlis Anugerah Stail EH! di Gardens, Mid Valley, pada 6 Ogos tahunlalu memberi pembayang yang cukup bermakna. Ketika itu, Hipmenggandingkan mereka bersama dua lagi artis iaitu Dafi dan Farahdhiyadalam sebuah fotografi ¡®segera¡¯. Malahan, Nabil mula menegur Irma cumadia masih segan untuk memberanikan diri meminta nombor telefon bimbitmilik Irma.
¡°Memang betul kami bercinta sejak hujung tahun lalu. Kalikedua kami berjumpa sebelum tiba bulan Ramadan 2008 ketika sama-samamenjalani penggambaran program Gegar Gitu Raya di Astro. Kami memangserius dan soal ke depan memikirkan hal perkahwinan, kita sebagaimanusia hanya merancang.
¡°Sebelumini, bukan niat kami tidak mahu mengakui cinta yang terjalin. Lagi punia masih terlalu awal untuk dibicarakan. Entah kenapa, saat ini sayalebih terbuka dan mengikut kata hati menceritakan perkara sebenar.Hubungan saya dengan Myra juga berakhir begitu saja dan mungkin tiadajodoh antara kami untuk terus ke peringkat yang lebih serius,¡± kataNabil tulus.
Ketika hatinya dirundung kecewa, Irma yang pada mulanyahanyalah seorang kawan biasa menjadi pendengar setia yang semakin rapatdalam hidup pemegang tagline Lu Fikirlah Sendiri ini. Kebetulan merekatinggal di kawasan perumahan yang berdekatan di Damansara dan andai adamasa terluang pasti mereka keluar bersama ditemani si comel (anakangkat Irma).
Rentetan kerap dilihat bersama ada mulut jahat yangmengandaikan mereka tinggal serumah. Menafikan sekeras-kerasnya gosipitu, Nabil masih waras untuk memikirkan perkara baik dan buruk.Sebaliknya, Nabil tahu kenapa gosip itu boleh tersebar dengan pantas.
¡°Memang saya kerap ke rumahnya dan kalau pergi pun sebab dia(Irma) ada meminta tolong untuk menjaga anak angkatnya. Kalau dia adakerja termasuklah mengacarakan program Chopp! di TV9 dan kebetulan sayalapang, saya akan menolongnya menjaga bayi itu. Kami juga merancanguntuk menggunakan khidmat pengasuh atau pembantu peribadi untuk urusanmenjaganya.
¡°Kadang-kadang,saya sendiri datang mengambil anak angkatnya ataupun Irma sendiri yangmenghantarnya ke rumah saya. Kalau saya pergi ke rumahnya sekalipun,pengurus saya, Latiff akan ikut sama menemani,¡± katanya serius demimeleraikan perkara yang tidak benar.
Mengenai peribadi Irma, kata Nabil, dia melihat Irma sebagai anak sulung yang sangat bertanggungjawab.
¡°Dia (Irma) sangat mengambil berat dan saya yakin tahap umurnyakini juga sudah sesuai untuk memikirkan soal perkahwinan. Kami bolehbertolak ansur,¡± kata Nabil yang turut memeriahkan siri jelajah pertamaABPBH 2008 di Sungai Petani minggu lalu.
Dalam perkembangan lain, Nabil dijadualkan ke luar negarauntuk merakamkan sebuah program terbitan TV9 bagi musim kedua. Wajahnyakini boleh ditonton dalam program Pondok Pondok, Studio Nabil danEwah-Ewah. Enam lagi filemnya iaitu Lu Pikirlah Sendiri The Movie,Kecoh Betul, Momok The Movie, Eee… Hantu, Pisau Cukur dan Jin Nottiakan menemui peminat tidak lama lagi.
‘Dia buat saya rasa dihargai’
SEMENTARA itu, Irma dihubungi Hip bagi mendapatkan kenyataanmengenai hubungannya dengan Nabil. Bagaimanapun, selepas tidak berjayamenghubunginya kerana sibuk dengan penggambaran drama, Irma kembalimenghubungi penulis.
Seperti Nabil, Irma juga menjelaskan gosip mereka tinggalserumah hanyalah omongan kosong. Irma memberitahu sejak sebulan lalu,dia mendapat teman serumah baru iaitu Ika dari Akademi Fantasia musimkeenam yang dikenalinya sewaktu berlakon drama Awan Dania.
Kata Irma lagi, jika tiada komitmen kerja, dia akan pulang kerumah ibu bapanya di Sungai Buluh. Ditanya mengenai hubungannya denganNabil, kata Irma, dia sangat menyenangi peribadi kekasihnya itu.
¡°Dia (Nabil) suka memberi perhatian kepada saya. Dia sangatmengambil berat dan membuatkan Irma rasa dihargai. Paling penting, diarajin melayan anak angkat Irma. Kepala otak kami kira mudah serasi dandalam sisi lawaknya, dia masih serius sewaktu berkata-kata,¡± kata Irmayang pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Farid Kamil sebelum ini.
Mengharapkan sinar bahagia dalam hubungannya dengan Nabil,Irma juga seperti wanita lain yang mengharapkan hubungan cinta yangmekar akan berakhir ke jinjang pelamin. Katanya, berkahwin bukanperkara mainan dan janji untuk sehidup semati bukan hanya sekadar lafazdi bibir saja.
¡°Baik Irma mahupun dia, kalau boleh memang kami tak naklama-lama membiarkan cinta itu berpanjangan. Soal kahwin perkara yangbaik dan kalau sudah bersedia apa salahnya memilih jalan itu. Bimbangpula ditangguh-tangguh jadi hal lain pula nanti.
¡°Ada rezeki dan kuat jodoh kami pastinya tak ke mana. Tapinak kahwin bukan perkara mudah dan kena kumpul banyak duit. Doakan sajayang baik dan andai ada khabar gembira, kami bersedia berkongsi dengansemua pihak,¡± kata Irma.
INFO: Irma Hasmie
- Irma Hasmie Ibrahim dilahirkan pada 8 Januari 1982 di Kuala Lumpur.
- Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan, manakala ibunya dari Hulu Selangor.
- Irma yang pernah dinobatkan sebagai Gadis Jelita 2004, pernah muncul dikaca TV menerusi beberapa iklan komersial seperti Tourism Malaysia(Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha dan Pringle’s.
- Kali pertama mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta
kredit: bharian.com.my
















ika says:
March 11th, 2009 at 4:49 pm
xsesuaiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!
[Reply]
ewans says:
March 11th, 2009 at 4:52 pm
time bercinta sume indah,kentut pun wangi.ble dh jemu mcm2 alasan ada….
lumrah hidup.
[Reply]
broker says:
March 11th, 2009 at 11:07 pm
bkn kite nyer hak nk ckp sesuai ke x..sapa tau kalo dh jodoh
[Reply]
Ija82 says:
March 12th, 2009 at 10:02 am
Hi…
Errmm suka jerr klu diaorang ni together….
sweet jerr Irma then ngan Nabil yg gila…
Kenkadang idup ni memerlukan kontra skit biar ianya lebih lengkap…
all the best 4 ur all….
[Reply]
abcplus says:
March 12th, 2009 at 10:38 am
Andai sesuai apa salahnya jadi pasangan bercinta……harap-harap hubungan ni hingga ke jinjang pelamin.
[Reply]
amjan says:
March 12th, 2009 at 5:58 pm
kan bgus klu trus ckp mcm tue… ada aku kisah dia org klu dia org kapel ke apa? janji aku ttp suka tgk lawak nabil. lain lah klu si nabil berdolak dalih, br lah aku start rs menyampah.
salute dgn artis mcm nie..
[Reply]
insan says:
March 15th, 2009 at 3:00 am
cinta itu bute!!!!!!!!bile bute????merabe-rabe!!!!!
[Reply]
opah roque says:
March 16th, 2009 at 1:34 am
bkn lelaki tu da de awex ke??
[Reply]
fuad adan othman says:
March 17th, 2009 at 10:29 pm
perhapz………….
[Reply]
fiq says:
April 13th, 2009 at 11:14 am
go nabil & irma.. korg btul2 nmpk sesuai..sweet jew aku tgk.. hoho..
[Reply]