(Mat Saleh) Raymond Crooke Nyanyi Lagu Melayu.
Friday, November 27, 2009 19:10Getaran Jiwa (P Ramlee)
Basikal Tua (Sudirman)
Nampaknya memang betul apa yang kami cakap lagu Melayu memang boleh pergi jauh. Baru-baru ini lelaki Romania menyanyikan lagu Melayu iaitu lagu Faizal Tahir yang bertajuk cuba. Kali ini lelaki bernama Raymond Crooke menyanyikan lagu lagenda terkenal di Malaysia iaitu P.Ramlee dan Sudirman.
Ini memang membuktikan lagu Kita bukan sahaja dibawah tempurung, namun boleh pergi jauh dan diterima oleh orang luar. Ini suatu yang membanggankan .
Berikut adalah sedikit info tentang Raymond Crooke, dahulu Raymond Crooke pernah cuba ingin memecah rekod untuk merakam 1001 lagu cover dalam satu hari, tetapi gagal. Matlamat Raymond Crooke ialah untuk menyanyikan lagu folk dan traditional setiap negara.Antara penyanyi dan penulis lirik yang menjadi pujaan Raymond Crooke ialah Bob Dylan, Woody Guthrie dam Eric Bogle.
Raymond Crooke sudah menyanyi selama lebih 40 tahun. Raymond Crooke telah menghasilkan 4 CD iaitu,
Axis of Evil and other True Stories
Laws of Chance
Gospel Ship
Pigs Might Fly and other Politically Incorrect Ballads
Anda boleh pergi ke laman YouTube nya untuk mendengar lagu-lagu beliau yang lain. Diharap lebih ramai lagi seperti beliau akan menyanyikan lagu kita.
Mike dan Jackie cakap bahasa Melayu.
Sungguh comel dan lawak apabila mat saleh cuba bercakap dalam bahasa Melayu. Kami sangat bangga!















