Flash Banner Now - instant web ads

JAIS ‘gam’ Akhil Hayy di Selangor.

Saturday, December 5, 2009 6:32
Posted in category Selebriti Malaysia

akhil hayy bh JAIS gam Akhil Hayy di Selangor.

Berikut adakah petikan dari Berita Harian.

PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayytidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latarbelakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagaiartis semata-mata.


Bukan itu saja, penceramah yang pernahmenjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidakpernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahanpenguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). 

Kenyataanitu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yangmengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabittidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikanceramah agama.

Tanpa berselindung, beliau berkata, penceramahmuda terbabit juga pernah ditahan kerana tidak memiliki kebenaran bagimenyampaikan ceramah tetapi tidak didakwa dan dibebaskan.




“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap sepertipenceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yangsepatutnya dimiliki seorang penceramah agama.


“Bagaimanapun, kami tidak menafikan pengaruh artis membolehkanorang ramai tertarik dan gemar hadir bagi mendengar ceramahnya yangsebelum ini tidak ketinggalan melampiaskan kata-kata sindiran terhadaporang lain,” katanya, semalam.

Malah, katanya, selepas ditahanJais kerana berceramah tanpa kebenaran, Jais tidak pernah menerimasebarang permohonan daripada penyanyi rock terbabit.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan, Akhil tidak memilik latar belakangagama walaupun pernah memberikan ceramah agama selepas meninggalkandunia artis. 

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidakmemiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramahyang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadipendengar.

“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakaptetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkanmereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,” katanya.

Tanpa berselindung, Mohamed Khusrin, berkata Selangor bukan tempat bagipenceramah terbabit, lebih-lebih lagi selepas masalah rumah tanggadengan bekas isterinya menjadi isu sebelum ini.

Menurutnya,kelemahan menangani isu peribadi itu juga boleh dilihat sebagaikelemahan yang tidak sepatutnya ada bagi seorang yang mahu bergelarpenceramah yang sepatutnya menjaga tata susila mereka yang memilikiilmu agama yang syumul.

“Bagi saya, kita sudah mengetahui latarbelakang agama Akhil dan sudah pasti kita tidak akan membenarkanpenceramah muda (Akhil) ini mengadakan ceramah di negeri ini.

“Bukan itu saja, Akhil juga tidak pernah memohon sebarang kebenaranuntuk berceramah bagi membolehkan siasatan lebih terperinci terhadappengetahuan dan ilmu agama yang dimiliki,” katanya.

Mengulaslanjut isu itu, Mohamed Khusrin berkata, tidak ada guna memberikankebenaran kepada penceramah termasuk Akhil yang hanya pandai bercakapjika ia lebih kepada untuk mengaibkan orang lain.

Menurutnya,seorang penceramah perlu mempunyai sifat terpuji dan tidak mengaibkanorang lain dalam ceramah dan bagi Akhil yang perlu juga melihatperanannya yang menyindir masyarakat artis yang pernah disertai satuketika dulu.

“Alasan itu (tidak mengaibkan orang lain) adalahantara peraturan yang perlu dipatuhi jika ingin memperoleh kebenaranberceramah di negeri ini.

“Kami tidak mahu sebahagian besardaripada ceramah yang diberikan lebih kepada mengutuk dan mengaibkanorang lain sehingga mengabaikan ilmu yang sepatutnya diperoleh merekayang menjadi pendengar,” katanya.

Tanpa menidakkan hak untukAkhil dan penceramah lain berceramah, Mohamed Khusrin, berkata setiappenceramah perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memilikibukti kemampuan dan kemahiran ilmu agama yang dimiliki. 

Menurutnya, Jais akan memastikan ada bukti seperti sijil atau kelulusandalam bidang agama dimiliki mereka yang berhasrat berceramah di negeriitu bagi mengelak timbul masalah yang tidak dijangkakan termasukmembawa unsur yang bertentangan amalan umat Islam di negara ini.

“Kami juga mempunyai cara tersendiri bagi mengenal pasti sama adaseseorang pemohon itu memiliki ilmu agama yang sepatutnya bagimelayakkan mereka menyampaikan ceramah agama.

“Begitu jugapendekatan tertentu dilakukan bagi mengesan sama ada mereka (pemohon)menjadi pengamal sesuatu pegangan yang tidak dibenarkan di negara ini,”katanya.

Menurutnya, saringan teliti itu bagi memastikan tidakada penceramah ‘mata duitan’ yang mahu menjadikan kawasan di negeri itusebagai ‘lubuk’ bagi mengaut keuntungan mudah mereka.

pixel JAIS gam Akhil Hayy di Selangor.

You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

One Response to “JAIS ‘gam’ Akhil Hayy di Selangor.”

  1. Zam says:

    December 8th, 2009 at 4:37 pm

    sohih orang Jais tu orang Pekida

    [Reply]

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads