Flash Banner Now - instant web ads

Azwaliza TV3 Sudah Bertunang.

Thursday, November 26, 2009 14:57
Posted in category Selebriti Malaysia

hi 03.1 Azwaliza TV3 Sudah Bertunang.
AZWALIZA Azman dan KadirRashid mengikat tali pertunangan mereka di Restoran Puteri, Taman TunDr. Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


HUBUNGAN intim personaliti dan pembaca berita Buletin Utama TV3,Azwaliza Azman dengan tunangnya, Kadir Rashid bukanlah baru, sebaliknyaia telahpun mula terjalin sejak kira-kira tiga tahun lalu. 


Biarpun mengambil masa tiga tahun sebelum mereka mengikat talipertunangan, pasangan itu tidak mensia-siakan masa yang ada termasuklahdengan mengenali hati budi serta latar belakang keluarga masing-masing.

Menurut Kadir, 31, dia yang mengenali Azwaliza atau lebih dikenalisebagai Wawa di sebuah kedai telefon bimbit Nokia di Jalan Telawi,Bangsar, Kuala Lumpur, empat tahun lalu juga sempat menunaikan umrah diMekah sebelum bertunang. 

“Saya dan Wawa sempat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah empatbulan lalu. Sewaktu ke sana Wawa ditemani ibunya, Jamilah Ahmad. 


Sementara di pihak saya pula, saya bersama ibu saya, AilleenJamaluddin, adik dan adik ipar saya.

15 hari di Mekah 

“Ini adalah ibadah umrah pertama saya, sementara Wawa pula kali yangkedua. Kali pertama Wawa mengerjakan umrah dua tahun lalu bersama parakakitangan Media Prima Berhad,” katanya kepada Hits semasa ditemuisebelum majlis pertunangannya di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail,Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Pada majlis itu, rombongan keluarga bakal pengantin lelaki yangturut disertai penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya,Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa membawa tujuh dulang hantaran sepertisirih junjung, sebentuk cincin bertatah berlian, jam tangan, komputerriba, kek, buah-buahan serta barangan kosmetik. 

Sementara rombongan bakal pengantin perempuan membalasnya dengansembilan dulang hantaran seperti sirih junjung, cincin, jam tangan,telefon bimbit, sepersalinan pakaian, minyak wangi, buah-buahan dankek. 

Jelas Kadir yang merupakan Pengarah Eksekutif sebuah syarikat swastayang berkolaborasi dengan sebuah syarikat dari Jerman, pada pertemuanpertamanya dengan Wawa di Bangsar itu, dia tidak mengetahui bahawatunangnya itu merupakan seorang pembaca berita di TV3. 

“Sewaktu pertemuan itu Wawa ditemani oleh adik lelakinya, AzreenAzman. Saya tidak mengetahui Wawa pembaca berita TV3 sehinggalah sayamenonton wajahnya di kaca TV. 

“Selepas pertemuan kali pertama itu, saya tidak berjumpa dengan Wawalagi sehinggalah pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC (Pusat DaganganDunia Putra) tiga tahun lalu. 

“Ketika itu kebetulan saya juga hadir bersama ibu saya dan Wawa punmembuat liputan lintas langsung dari sana. Selepas itu, kami mulaberhubungan, apatah lagi kami pula saling mengenali kawan-kawan yangberada di sekeliling kami,” ujarnya yang juga merupakan rakan kongsikumpulan R&B, Ruffedge. 

Pasangan itu yang merancang akan mendirikan rumahtangga sekitarpertengahan tahun depan juga menganggap pertemuan mereka berjalandengan baik kerana mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak. 

Wawa misalnya tidak menafikan hakikat itu apatah lagi selepasmelihat perwatakan Kadir yang bukan saja memikat hatinya, malahkeluarganya juga menyenangi kehadiran buah hatinya itu dalamkeluarganya.

“Dalam masa tiga tahun itulah saya banyak mengenali hati budi Kadir.Saya dapati dia (Kadir) seorang yang menghormati orang tua. Dia jugaboleh bergaul dengan baik dan mesra dengan bapa saya, Azman Abdullah.

“Ia bukannya senang kerana bapa saya agak garang tetapi Kadir bolehrapat dengan bapa saya. Sebagai anak bongsu, boleh dikatakan saya anakkesayangan bapa saya. Saya yakin Kadir merupakan pasangan yang tepatmenjadi pilihan saya.


“Malah, kesibukan dengan tugas masing-masing menyebabkan kami agaklambat untuk bertunang. Keluarga Kadir datang merisik saya pun pada 20Disember tahun lalu.


“Selepas setahun merisik barulah kami bertunang. Kami juga jarangberjumpa. Kalau berjumpa pun sewaktu makan tengah hari atau makan malamselepas habis bekerja,” ujarnya.


Bercakap tentang impian pada majlis perkahwinannya kelak, baik Wawamahunpun Kadir belum merancang sepenuhnya di mana akan dibincangkanbersama pihak keluarga masing-masing.


Tambah Wawa lagi, dia belum merancang untuk mengadakan konsep padamajlis perkahwinannya kelak memandangkan dia datang daripada keluargayang berkahwin campur.


“Saya pun belum memikirkan soal itu kerana saya ini datangnyadaripada keluarga yang kahwin campur. Bapa saya kacukan Cina dan India,manakala ibu saya pula campuran antara Melayu dan Cina. Apa pun sayaanggap ikatan pertunangan saya dengan Kadir agak unik.


“Ini kerana, saya anak bongsu daripada tiga beradik, sementara Kadirpula anak sulung daripada tiga beradik,” katanya yang kelihatanberseri-seri dengan pakaian jenama rekaan Freda pada malampertunangannya itu.


Selain Siti Nurhaliza dan suami, majlis yang diacarakan oleh AhmadFedtri Yahya itu turut disertai oleh Pengarah Urusan Kumpulan MediaPrima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin serta kakitangan dan wartawan TV3.– Oleh ABD. AZIZ ITAR

Kredit : utusan.com.my

pixel Azwaliza TV3 Sudah Bertunang.

You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads